--------------------------------------------------------------------------------
Seorang kawan pernah dengar ceramah menyatakan bahawa sembahyang sunat terawih adalah 20 rakaat bukan 8, adakah kah ini benar.
Jawab
Menurut riwayat ahli hadits, Rasullullah bersembahyang tarawih sebanyak delapan rakaat bersama orang banyak di masjid pada malam ke 23, 25 dan 27. Setelah itu baginda tidak lagi berjamaah dalam tarawih. Ada sebagian riwayat pula mengatakan setelah mereka selesai sembahyang di masjid, mereka menyambungnya dirumah pula untuk menjadi 20 rakaat. Pada zaman Sayyidina Omar, beliau telah mengumpulkan jemaah yang bersembahyang sendiri2 di masjid untuk berjemaah dan mengerjakan 20 rakaat. Ketika itu tiada seorangpun sahabat yang membantah, maka di buat kesimpulan bahawa 20 rakaat itu tidak menjadi salah.
Jadikembali lagi kepada individu untuk memilih untuk mendirikannya sebanyak 8 atau 20 rakaat karena kedua-duanya dibolehkan. Dari segi logika akal memanglah 20 lebih baik, akan tetapi jika demi kesempurnaannya bolehlah 8 rakaat untuk dipertimbangkan. Ketidak-tepatan tajwid dalam sholat bisa mengakibatkan dosa.
--------------------------------------------------------------------------------
Sembahyang terawih tak sempat habis fatihah
--------------------------------------------------------------------------------
Saya ada satu persoalan mengenai sembahyang terawih, yaitu Setiap kali sembahyang terawih tidak sempat membaca alfatihah disebabkan imam terlalu cepat. Apakah sah sembahyang itu?
Jawapan
Sembahyang tersebut adalah sah dimana AlFatihah makmum ditanggung oleh imam. Ini hanya dipakai pada sembahyang sunat sahaja, jika sembahyang fardu, AlFatihah adalah menjadi wajib kepada makmum kecuali yang masbu' (ketinggalan). Silakan cari rujukan tenttang Solat untuk keterangan lebih lanjut.
--------------------------------------------------------------------------------
Sembahyang Tahiyyatul Masjid
--------------------------------------------------------------------------------
Sebuah masjid didirikan untuk bersembahyang Jumaat. Apakah boleh kita melakukan sunat tahiyyatul masjid dan berniat iktikaf disana sedangkan status surau itu masih bukan masjid?
Jawab
Sembahyang sunat tahiyyatul masjid ialah sembahyang sunat untuk menghormati masjid. Jika dikaji, istilah masjid disini bermakna tempat sembahyang berjamaah. Secara mudah, anggaplah surau yang diberikan taraf masjid sementara itu tergolong dalam istilah masjid dan sunat berniat ikhtikaf dan sembahyang tahiyyatul masjid. Tidak menjadi dosa jika bersembahyang sunat tahiyyatul masjid di surau.
--------------------------------------------------------------------------------
Kamis, Agustus 30, 2007
Tarawih 20 atau 8?
Diposting oleh KangEnos di Kamis, Agustus 30, 2007
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar