Kamis, Agustus 30, 2007

Sholat Fardlu

Meninggalkan sembahyang fardhu dengan niat qodlo'

--------------------------------------------------------------------------------
Meninggalkan sembahyang fardhu adalah haram hukumnya. Bagaimanapun sembahyang yang ditinggalkan itu wajib diqodlo'. Apakah hukumnya seseorang yang meninggalkan sembahyang dengan niat akan mengqodlo'kannya?
Jawab

Haram meninggalkan sembahyang fardlu dengan sengaja.
--------------------------------------------------------------------------------
Tertidur sehingga lepas waktu sholat

--------------------------------------------------------------------------------
Sekiranya kita terlupa atau tertidur hingga terlepas menunaikan sholat isya' bagaimana kita akan ganti sholat isya'?
Jawab

Sholat yang tertinggal (apapun waktu) hendaklah disegerakan menggantikannya. Ada pendapat ulama, sekiranya tertinggal karena terlupa atau tertidur maka sunnah untuk disegerakan sholat qodlo' tersebut, manakala sekiranya sengaja ditinggal, maka wajib disegerakan qodlo'nya.
--------------------------------------------------------------------------------
Sewaktu sembahyang

--------------------------------------------------------------------------------
Semasa saya sedang sembahyangDluohur terdengar adzan menandakan masuknya waktu 'Asar. Semasa itu, saya masih lagi didalam rakaat pertama. Adakah sembahyang Dluhur saya itu terbatal dan perlukah saya mengulanginya lagi?
Jawapan

Mengikut mazhab Syafie sholat itu dikira sah jika dapat lengkap satu rakaat didalam waktunya. Ini berdasarkan hadits riwayat Abu Hurairah yang bermaksud " Barangsiapa mendapatkan satu rakaat dari sholat, berarti ia telah mendapatkan keseluruhan solat itu". Maka jika sebelum sujud, sholat itu dikira belum lengkap satu rakaat.
--------------------------------------------------------------------------------

Tidak ada komentar: